Tempat Melancong Di Malaysia

Tempat Melancong Di Malaysia

Sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, Malaysia mempunyai pelbagai tempat melancong yang boleh di kunjungi serata 14 buah negeri yang dimiliki.Ikuti senarai di bawah untuk mengetahui tempat melancong yang popular di Malaysia

1. Melaka

Kenali sejarah permulaan Malaysia dan pemerintahan British di Malaysia dengan sejarah Melaka. Disini terdapat pelbagai tempat bersejarah yang anda boleh kunjungi sambil pelajari sejarah negara kita. Di kenali sebagai negeri yang terawal di Semenanjung Malaysia, Melaka mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawati.

Lihat tempat menarik di Melaka yang anda boleh lawati seperti di bawah.

1. Homestay Limastiga, Umbai

2. Dataran 1 Malaysia, Klebang

3. Coconut Shake Original Klebang

4. Bustel Klebang Melaka

5. Muzium Kapal Selam

tempat menarik di melaka

2. Pulau Pinang

Pulau Pinang atau Penang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Pelbagai tempat menarik di Penang anda boleh dapati. Lihat senarai di bawah.

1. Muzium Wonderfood Penang

2. Masjid Kapitan Keling

3. Dharmikarama Burmese Temple

4. TAMAN BOTANI PENANG

5. Kilang Batik Penang

3. Perak

Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah. Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di barat laut Perak. Dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan, adalah merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Terdapat pelbagai tempat menarik di Perak yang anda perlu tahu, lihat senarai di bawah:

1. Gua Tempurung

2. Kellie’s castle

3. Sam Poh Tong temple (Cave Temple)

4. Zoo Taiping & Night Safari

5. Lost World Tambun

4. Cameron Highland

Jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota? Larilah sebentar ke Cameron Highland, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Menjadi destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa terdapat pelbagai tempat menarik di Cameron Highland. Baca sendiri mengenai untuk tempat menarik di Cameron Highland senarai di bawah

1. BIG RED STRAWBERRY FARM

2. TAMAN RAMA-RAMA

3. LADANG LEBAH DI CAMERON HIGHLAND

4. 3D WALL ART STUDIO CAMERON HIGHLAND

5. LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS 5. Langkawi

Berkeluasan hampir 48,000 hektar, Pulau ini dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi. Pulau Langkawi adalah salah satu daripada lokasi utama pelancongan di Malaysia. Ianya merangkumi 99 pulau yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia di sepanjang Selat Melaka. Selain itu, Pulau Langkawi dan lagendanya tidak dapat dipisahkan, terutamanya Mahsuri.

Lihat list ini untuk megetahui tempat menarik di Langkawi:

6. Island Hopping

7. Tasik Dayang Bunting

8. Underwater World

9. Laman Padi

10. Makam Mahsuri

Saksikan video Underwater World ini. Menarik sekali

Konklusi

Semoga artikel ini dapat membantu anda mengetahui tempat melancong di Malaysia dan selamat melancong kami ucapkan! Bercuti lah ke Malaysia!

Baca lebih lanjut mengenai tempat menarik di Melaka di sini: http://teguhprasetyo.com/tempat-menarik-di-melaka-11-tarikan-terbaru-2016/